Wednesday, 20 December 2017

Asalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Padang Serai ada menawarkan perkhidmatan tambahan:

1) Menyediakan/menulis PERJANJIAN SEWA RUMAH/RUMAH KEDAI.

2) Menyediakan/menulis AFFIDAVIT PERMOHONAN PERCERAIAN DAN AFFIDAVIT                    PERMOHONAN WALI HAKIM ( Untuk Mahkamah Syariah Negeri Kedah sahaja ).

3) Menyediakankan/menulis DOKUMEN HIBAH.

Penyediaaan dokumen-dokumen ini adalah untuk memudahkan masyarakat setempat dan sekitarnya.  Boleh berhubung terus dengan saya :

No. Telefon : 019-6589581
                      012-6118793 ( Call / Whatsapp )

Friday, 10 February 2017

Pesuruhjaya Sumpah

Assalamualaikum

Hari ini  nak cerita pasal Pesuruhjaya Sumpah, ni pun request dari sahabat-sahabat yang duk tanya. Depa minta tulis kisah suka duka seorang Pesuruhjaya Sumpah dalam Bahasa Inggerisnya Commisioner For Oaths. 

Siapa Pesuruhjaya Sumpah ni?

Kalau tanya soalan macam tu, memang saya akan jawab..  saya la Pesuruhjaya Sumpah tu (hahaha)... Pesuruhjaya Sumpah adalah individu yang telah diberi kepercayaan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia melalui  perlantikan.. 

Macam mana dapat lantikan ni?

Pesuruhjaya Sumpah terbahagi kepda tiga bahagian :

1. Pesuruhajaya Sumpah Peguambela/Peguamcara

2. Pesuruhjaya Sumpah Awam

3. Pesuruhjaya Sumpah Persendirian

Seseorang Individu yang berkelayakan boleh dipertimbangkan untuk lantikan sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah dengan memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia dan perlu melalui dua fasa iaitu Ujian Bertulis dan Interview.

Untuk ujian bertulis ni kena baca Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993, macam undang-undang juga la, belajar akta..

Bab Interview (saya terkenang kawan-kawan )... time ni dah rasa macam akedemi fantasia... hahaha.. kenapa? mula2  confident, bila keluar dari bilik penemuduga rasa takut, seram dan berbagai lagi... hahaha.. cerita ni biar la rahsia... biasa la masing2 ada pengalaman dalam temuduga ni kan.., penemuduga ni memang garang, kenapa? sebab dia nak pastikan individu yang berjaya menjadi seorang Pesuruhjaya Sumpah adalah orang yang beribawa... kenapa saya  cakap macam tu.. meh sini saya  nak cerita Suka- Duka Pesuruhjaya Sumpah ni...

Percaya tak seorang Pesuruhjaya Sumpah ni sentiasa gelisah, susah hati dan tak boleh tidur malam? 

kenapa? 
                            
Sebab tugas Pesuruhjaya Sumpah tidak mudah macam makan a,b,c tau... selagi nama kerja, semuanya mempunyai tanggungjawab dan kepayahaan yang tersendiri, begitu juga tugas Pesuruhjaya Sumpah...

Ehh...bukan cop2 je ke? ... (actually ramai yang fikir macam ni..cop2 dah dapat duit), sebelum saya jadi Pesuruhjaya Sumpah pun saya benda yang sama (hahahaha), jangan marah ya Pesuruhjaya Sumpah  semua...

Bila dah jadi PJS (Pesuruhjaya Sumpah) ni, baru la tau tanggungjawab yang harus dipikul dibahu lebih berat daripada memikul batu...

Pesuruhjaya Sumpah bukan sahaja perlu memastikan kehadiran deponent atau pembawa dokumen sumpah berada dihadapnnya ketika menandatangi dokumen, malah perlu memastikan identiti orang yang hadir (senang je ni)... siapa kata senang.. pernah tak terfikir jika seseorang memakai purdah (macam mana PJS nak menentukan identiti nya), Kad Pengenalan dengan gambar yang lama.. ( tu baru sikit ... huhuhu)

Tugas lain pesuruhjaya sumpah perlu memastikan dokumen yang dibawa oleh deponen, boleh ditandatangani oleh PJS, bukan semua boleh sign ke? majority nya tak boleh sign ya... Borang yang boleh ditandatangani oleh PJS Awam dan Persendirian adalah sama iaitu menurut Kaedah 12 KKPS 1993:- 

i. justifikasi jaminan
ii. afidavit dan ikrar
iii. sumpah wasi/pentadbir
iv. sumpah
v. Akuan Berkanun 1960 sahaja.. 

Selain daripada diatas PJS  memang tak boleh sign ya... dan bila PJS tak dapat sign bermula la kedukaan bagi PJS ...

PJS akan dimarah dengan kata-kata yang kesat, dimaki, diberi rasuah, malah ada yang membuat laporan atau email ke Bahagian Pesuruhjaya Sumpah Putrajaya . PJS selalunya mempunyai alasan yang kuat mengapa mereka tidak dapat menandatangani sesuatu dokumen.

Cuba tanya  kenapa mereka tolak, selalunya PJS akan membantu deponen dengan sedaya upaya dengan memberi borang am 80 yang baru, atau meminta deponen mengubah sedikit format akuan, tapi  jangan suruh PJS tu yang buatkan, sebab PJS  tidak boleh menuliskan bagi pihak deponen.. kenapa tak boleh? sebab ianya melanggar kaedah KKPS 1993.

Sebenarnya PJS ni tak mahu pun menolak deponen, sebab dari situ la pendapatan PJS, tapi PJS terpaksa menolak, kerana sekiranya disabitkan kesalahan PJS akan dijatuhkan hukuman dibawah Kaedah 22 KKPS, yang membawa hukuman denda dan penjara.



Saya harap entry kali ni dapat dimanfaat kan semua..

Tuesday, 7 February 2017

RENTETAN UNTUK MENJADI SEORANG PESURUHJAYA SUMPAH MALAYSIA

Hendak menjadi seorang  Pesuruhjaya Sumpah (PJS)?? Memang tidak berniat pun, tak tau pun apa itu tugas PJS walau pernah mendapat cop  seorang PJS sekitar tahun 1999 atau 2000, PJS  masa tu ialah Lt Kol Che Hasni (  bersara berpangkat Mej Jeneral dan beliau sekarang ini berkhidmat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD))
Hasil bualan kosong dengan seorang saudara aku  hujung tahun lepas (2015) dan beliau mencadangkan aku memohon menjadi  PJS setelah bersara dari perkhidmatan Angkatan tentera Malaysia (ATM) setelah berkhidmat selama 22 tahun dengan ATM .
Bermula dari situlah aku mengorak langkah untuk menjadi seorang PJS (tak patah balik dah). Mulalah cari bahan-bahan nak baca, akhirnya terjumpa laman blog rembaebookpjs.blogspot.com (terima kasih Sifu).
Alhamdulillah aku telah  dipanggil untuk mengambil ujian bertulis pada 6 Apr 2016 setelah permohonan dibuat penghujung tahun 2015, aku lulus      ( markah untuk lulus khabarnya cukup tinggi) dan dipanggil pula untuk menjalani sesi temuduga pada 1 Jun 2016, Alhamdulillah berjaya sesi temuduga ( markah untuk lulus khabarnya cukup tinggi)   setelah dikhabarkan melalui Pos Laju dari POJ yang bertarikh 1 Ogos 2016.
Penantian untuk terima tauliah cukup mendebarkan ( tak sabar untk jadi PJS). Akhirnya warkah gumbira dari POJ  yang bertarikh 1 September 2016 sampai . Wow, lagi mendebarkan dan teruja apabila tertulis pentauliahan akan dibuat secara rasmi di POJ.
Akhirnya majlis rasmi pentauliahan dilaksana oleh pihak Bahagian Pesuruhjaya Sumpah pada 17 Oktober 2016 jam 9.00 pagi di Dewan Persidangan. Alhamdulillah berkat doa ibu, isteri, anak-anak, adik-adik dan kawan-kawan seperjuangan PJS , aku berjaya menjadi seorang Pesuruhjaya Sumpah dan bertugas di Padang Serai pada mulai 1 November 2016.
Bertugas untuk masyarakat dalam bidang yang berlainan.


Terima kasih semua