Pesuruhjaya Sumpah
Assalamualaikum
Hari ini nak cerita pasal Pesuruhjaya Sumpah, ni pun
request dari sahabat-sahabat yang duk tanya. Depa minta tulis kisah suka duka
seorang Pesuruhjaya Sumpah dalam Bahasa Inggerisnya Commisioner For Oaths.
Siapa Pesuruhjaya
Sumpah ni?
Kalau tanya soalan macam tu, memang saya akan jawab.. saya la Pesuruhjaya Sumpah tu (hahaha)...
Pesuruhjaya Sumpah adalah individu yang telah diberi kepercayaan oleh Mahkamah
Persekutuan Malaysia melalui perlantikan..
Macam mana dapat lantikan ni?
Pesuruhjaya Sumpah terbahagi kepda tiga bahagian :
1. Pesuruhajaya Sumpah Peguambela/Peguamcara
2. Pesuruhjaya Sumpah Awam
3. Pesuruhjaya Sumpah Persendirian
Seseorang Individu yang berkelayakan boleh dipertimbangkan untuk
lantikan sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah dengan memenuhi syarat-syarat yang
dikehendaki oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia dan perlu melalui dua fasa iaitu Ujian Bertulis dan Interview.
Untuk ujian bertulis ni kena baca Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993, macam undang-undang juga la,
belajar akta..
Bab Interview (saya terkenang kawan-kawan )... time ni dah rasa
macam akedemi fantasia... hahaha.. kenapa? mula2 confident, bila keluar dari bilik penemuduga rasa
takut, seram dan berbagai lagi... hahaha.. cerita ni biar la rahsia... biasa la
masing2 ada pengalaman dalam temuduga ni kan.., penemuduga ni memang garang,
kenapa? sebab dia nak pastikan individu yang berjaya menjadi seorang
Pesuruhjaya Sumpah adalah orang yang beribawa... kenapa saya cakap macam tu.. meh sini saya nak cerita Suka- Duka Pesuruhjaya Sumpah ni...
Percaya tak seorang Pesuruhjaya Sumpah ni sentiasa gelisah,
susah hati dan tak boleh tidur malam?
kenapa?
Sebab tugas Pesuruhjaya Sumpah tidak mudah macam makan a,b,c
tau... selagi nama kerja, semuanya mempunyai tanggungjawab dan kepayahaan yang
tersendiri, begitu juga tugas Pesuruhjaya Sumpah...
Ehh...bukan cop2 je ke? ... (actually ramai yang fikir macam
ni..cop2 dah dapat duit), sebelum saya jadi Pesuruhjaya Sumpah pun saya benda
yang sama (hahahaha), jangan marah ya Pesuruhjaya Sumpah semua...
Bila dah jadi PJS (Pesuruhjaya Sumpah) ni, baru la tau
tanggungjawab yang harus dipikul dibahu lebih berat daripada memikul batu...
Pesuruhjaya Sumpah bukan sahaja perlu memastikan kehadiran deponent
atau pembawa dokumen sumpah berada dihadapnnya ketika menandatangi dokumen,
malah perlu memastikan identiti orang yang hadir (senang je ni)... siapa kata
senang.. pernah tak terfikir jika seseorang memakai purdah (macam mana PJS nak
menentukan identiti nya), Kad Pengenalan dengan gambar yang lama.. ( tu baru
sikit ... huhuhu)
Tugas lain pesuruhjaya sumpah perlu memastikan dokumen yang
dibawa oleh deponen, boleh ditandatangani oleh PJS, bukan semua boleh sign ke?
majority nya tak boleh sign ya... Borang yang boleh ditandatangani oleh PJS
Awam dan Persendirian adalah sama iaitu menurut Kaedah 12 KKPS 1993:-
i. justifikasi jaminan
ii. afidavit dan ikrar
iii. sumpah wasi/pentadbir
iv. sumpah
v. Akuan Berkanun 1960 sahaja..
Selain daripada diatas PJS memang tak boleh sign ya... dan
bila PJS tak dapat sign bermula la kedukaan bagi PJS ...
PJS akan dimarah dengan kata-kata yang kesat, dimaki, diberi
rasuah, malah ada yang membuat laporan atau email ke Bahagian Pesuruhjaya
Sumpah Putrajaya . PJS selalunya mempunyai alasan yang kuat mengapa mereka
tidak dapat menandatangani sesuatu dokumen.
Cuba tanya kenapa mereka tolak, selalunya PJS akan
membantu deponen dengan sedaya upaya dengan memberi borang am 80 yang baru,
atau meminta deponen mengubah sedikit format akuan, tapi jangan suruh PJS
tu yang buatkan, sebab PJS tidak boleh menuliskan bagi pihak deponen..
kenapa tak boleh? sebab ianya melanggar kaedah KKPS 1993.
Sebenarnya PJS ni tak mahu pun menolak deponen, sebab dari situ
la pendapatan PJS, tapi PJS terpaksa menolak, kerana sekiranya disabitkan
kesalahan PJS akan dijatuhkan hukuman dibawah Kaedah 22 KKPS, yang membawa
hukuman denda dan penjara.
Saya harap entry kali ni dapat dimanfaat kan semua..
No comments:
Post a Comment