Tuesday, 7 February 2017

RENTETAN UNTUK MENJADI SEORANG PESURUHJAYA SUMPAH MALAYSIA

Hendak menjadi seorang  Pesuruhjaya Sumpah (PJS)?? Memang tidak berniat pun, tak tau pun apa itu tugas PJS walau pernah mendapat cop  seorang PJS sekitar tahun 1999 atau 2000, PJS  masa tu ialah Lt Kol Che Hasni (  bersara berpangkat Mej Jeneral dan beliau sekarang ini berkhidmat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD))
Hasil bualan kosong dengan seorang saudara aku  hujung tahun lepas (2015) dan beliau mencadangkan aku memohon menjadi  PJS setelah bersara dari perkhidmatan Angkatan tentera Malaysia (ATM) setelah berkhidmat selama 22 tahun dengan ATM .
Bermula dari situlah aku mengorak langkah untuk menjadi seorang PJS (tak patah balik dah). Mulalah cari bahan-bahan nak baca, akhirnya terjumpa laman blog rembaebookpjs.blogspot.com (terima kasih Sifu).
Alhamdulillah aku telah  dipanggil untuk mengambil ujian bertulis pada 6 Apr 2016 setelah permohonan dibuat penghujung tahun 2015, aku lulus      ( markah untuk lulus khabarnya cukup tinggi) dan dipanggil pula untuk menjalani sesi temuduga pada 1 Jun 2016, Alhamdulillah berjaya sesi temuduga ( markah untuk lulus khabarnya cukup tinggi)   setelah dikhabarkan melalui Pos Laju dari POJ yang bertarikh 1 Ogos 2016.
Penantian untuk terima tauliah cukup mendebarkan ( tak sabar untk jadi PJS). Akhirnya warkah gumbira dari POJ  yang bertarikh 1 September 2016 sampai . Wow, lagi mendebarkan dan teruja apabila tertulis pentauliahan akan dibuat secara rasmi di POJ.
Akhirnya majlis rasmi pentauliahan dilaksana oleh pihak Bahagian Pesuruhjaya Sumpah pada 17 Oktober 2016 jam 9.00 pagi di Dewan Persidangan. Alhamdulillah berkat doa ibu, isteri, anak-anak, adik-adik dan kawan-kawan seperjuangan PJS , aku berjaya menjadi seorang Pesuruhjaya Sumpah dan bertugas di Padang Serai pada mulai 1 November 2016.
Bertugas untuk masyarakat dalam bidang yang berlainan.


Terima kasih semua

No comments:

Post a Comment